Saturday 29 September 2012

nota CINTA buat MAMA..!!

Assalamualaikum w.b.t...

     Utk post yg pertama..teringin utk bercerita tentang kasih sayang antara ibu dan anak.!kasih syg antara aku dgn mama..
3minggu berada di upsi bererti 3minggu tidak ketemu sama mama.!teramat rindu xterkata..tp apa boleh buat.    Aku disini menunaikan salah satu kewajipan aku sebagai anak. Untuk mencari ilmu yang akan kubawa sehingga ke alam sana. InsyaALLAH..
     Tak sabar rasanya nk balikkk..Sob3.. nak balik?? jgn mimpila cik qaseh..cuti lambat lagi.tunggu raya haji yer kalau nak balik. Wahh..kalau raya haji mesti meriah..berkumpul semua kaum famili.<3
     Oh yer,,mcm mn aku bley terdetik utk tulis nota cinta buat mama? "nota cinta"...kalian pernah dgr lagu yang menyentuh jiwa nie? lagu yang didendangkan oleh kumpulan saujana cukup2 buat aku teringat pada mama yang berada dirumah. Rindu nak peluk cium mama!! Maklumla..aku cuma ada mama setelah pemergian abah tercinta pada tanggal 8 oktober 2010.Al-Fatihah buat arwah abah..
    
   Setiap insan yang hidup di muka bumi ini pasti mempunyai ibu.! Ibu adalah insan yang mengandungkan kita dan melahirkan kita serta membesarkan kita menjadi insan yang sempurna.

 ."Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia     (bersandar)  pada pangkal pohon kurma, Ia berkata"Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan menjadi sesuatu yang tidak bererti, lagi dilupakan ". Surah Maryam :23

  Kemudian, ibu menyusukan pula dengan penuh kasih sayang, membesarkan, mendodoikan dan menjaga anak-anak dengan sepenuh jiwa raga. Keseluruhan hidup insan akan sentiasa melibatkan ibunya. Tidak akan pernah putus belas kasih, sayang dan sumbangan ibu kepada anaknya sejak sebelum lahir sehingga mencecah usia insan itu pada hari ini.. Begitu besarkan kasih seorang ibu?? Tak terhitung.! Terima kasih mama kerana sudi melahirkan aku ke dunia ini. Terima kasih.!Nahh.!Buat mama..<3 i love u so much.!
Cintaku kepada Dia,
Rinduku hanya padanya,
Kasihku tulus buatnya,
Setiaku balas kasihnya,
Kasihku kasih yang setia,!!
                              inilah mama saya.. Wan Roshani bt wan ahmad.cantikkan dia??

No comments:

Post a Comment